10 February 2020

INDIVIDU: "KAMBING, JANGAN MASUK CAMPUR AGAMA KAMI" - MICHAEL ANG LUAH GERAM


Pengarah dan penerbit Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa geram dan terkilan apabila terdapat individu yang membuat tuduhan melulu dengan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Lebih buruk lagi, individu tersebut turut mendakwa Michael cuba menyibuk urusan hal berkaitan agama Islam kerana menyangkakan dirinya bukan seorang muslim.





"Tak kisahlah kalau dia tak tahu aku dah lama Islam tapi yang penting tolong jangan jadi bodoh bila tak faham apa maksud posting saya yang dikomen tu, lepas tu tembak macam tu. Dahlah tak faham maksud video, lepas tu keluarkan kata-kata yang rasis.

"Seriuslah orang macam ni lah buat orang seluruh dunia pandang kita orang Islam sebagai satu agama yang kejam, rasis dan penuh dengan kemarahan dan keganasan. Tolong jangan jadi macam mamat ni," luahnya.

Michael turut memuatnaik paparan komen yang ditulis individu berkenaan di Instagram. Dalam komen tersebut individu tersebut dikatakan mempersoalkan kredibiliti Michael untuk bercakap soal agama Islam: "Wehhhh....!!! Kkambing, jgn masuk campur ttng agama kami.. kafil laknatullah, kau lagi nk persoalkan ttng agama kami.

"Sedangkan kami tidak pernah ganggu berhala yg kau sembah/ kamu nk hina Agama kami lagi, jgn sampai lu cina kami sunatkan anu kamu. Simpan la kebodohan kamu utk anak, cucu, cicit kamu sedikit. Lancau ini Cina. Jangan uji kesabaran Agama ore Islam. Sebab orang Islam ada tahap kesabaran nya...," tulis individu yang yang menggunakan nama @Alladdin_aizat.

Klik untuk gambar besar


Begitupun, Michael kemudian membalas komen tersebut selepas merasakan kata-kata yang digunakan agak keterlaluan: "Sama ada kau tahu ke tak tahu ke aku dah Islam, kau tetap manusia bod*h! Celah bedah mana aku hina Islam! Kau terencat ke atau betul-betul bod*h. Geram pulak aku!

"Dah lah bahasa tu nampak sangat kau sejenis manusia rasis yang sepatutnya dah lama mamp*s. Agama kita tak ajar kita pandang hina kat orang lain," luahnya yang kesal dengan tindakan individu tersebut.

Perkongsian Michael itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata meminta pengarah tersebut tidak mengendahkan individu seperti itu.

"Nampak sangat tak ikut isu semasa. Dia tak tahu orang dia maki hamun dah dua tahun memeluk Islam. Nak malukan orang, kan malu sendiri. - "Ini dinamakan membabi buta, sudahnya malu yang dapat. - "Jangan layan orang macam tu," tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, difahamkan Michael memuat naik sepotong video yang menyentuh isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman. Sebelum ini, pada April 2019, Michael membuat pendedahan kepada umum bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: