11 February 2020

"TAK KASIHAN KAT MAK, SEPATUTNYA MAK YANG PERGI DULU" - IBU ABAM BOCEY


"Tiba-tiba isteri Abam telefon saya mengatakan Abam pengsan. Saya bergegas pulang ke rumah bersama Ali. Apabila tiba di rumah, saya menggoncang tubuh Abam berulang kali namun dia sudah tiada.

"Malah, sebaik mengetahui dia sudah tiada, berulang kali saya memegang pipinya supaya jangan tinggalkan saya, kasihankan saya. Sepatutnya mak pergi dulu dan bukan Abang (Abam), bangunlah Abang, tak kesian (kasihan) ke kat mak.





"Saya susah nak percaya pada mulanya, sebab itu saya goyang badan dia supaya bangun berulang kali namun doktor sudah mengesahkan Abam sudah tiada jam 7.15 pagi," demikian ujar ibu kepada Abam Bocey, Sabariah Arshad yang tidak menyangka anaknya itu terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi.

Sabariah juga mengakui kehilangan Abam sangat dirasainya serta menyifatkan anaknya itu seorang yang baik dan sangat menghormati orang tua.

"Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 7.30 petang selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Gombak Utara, Gombak.

Untuk makluman, Syed Umar, 32, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sg Salak, Batu 10, Jalan Gombak, pagi semalam selepas mengalami demam panas selama dua hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Siti Norhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.











         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: