08 February 2020

ISTERI PU ABU SELAMAT LAHIRKAN ANAK LELAKI 1 FEBRUARI LALU


Menerusi laman Instagram, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan atau nama penuhnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi telah mengumumkan berita gembira dimana isterinya, Hana Azraa telah selamat melahirkan anak lelaki mereka pada 1 Februari lalu, pukul 6.59 pagi.





Abu memuatnaik foto wajah bayi mereka di laman Instagramnya semalam, sekali gus mengumumkan nama iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen. Dalam masa sama, Abu turut berharap agar permata hatinya ini menjadi anak yang soleh dan dapat memberi sumbangan kepada agama Islam di masa kelak.

"Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februari 2020 jam 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kg. Moga menjadi anak yang soleh,kehidupan mu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting diri mu mampu memberikan sumbangan kepada Islam.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita.Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus. Terima kasih mummy ♥️♥️♥️. Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan 💕💕💕," tulis pendakwah bebas itu.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini kembali diperkatakan selepas Hana mendakwa Abu bermain kayu tiga sewaktu drirnya sedang sarat hamil. Bagaimanapun, Abu menafikan tuduhan isterinya dan maklumat yang disebarkan itu hanya spekulasi semata-mata.

Pada tahun lalu, Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen. Abu pernah berkahwin dengan Ain Afini Latif namun mereka bercerai talak dua pada 16 Mei tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Abu Sufyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: