18 February 2020

KEMALANGAN KETIKA BERLUMBA - BLACK MENGADU SUKAR BERNAFAS, KINI STABIL


Penyanyi Black Hanifah dilaporkan kini dalam keadaan stabil selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai program perlumbaan motosikal lasak di Ulu Yam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Black mengadu sukar untuk bernafas selepas dia terjatuh dalam pusingan pertama perlumbaan.





Isterinya, Naquia Yasirah berkata, Black yang dibawa ke hospital oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini diminta doktor untuk berehat sehingga keadaannya benar-benar stabil: "Ketika dia terjatuh, dia tak boleh bernafas dan pihak APM membawanya ke hospital dengan segera," katanya.

Menurutnya, Black kemudian menjalani pemeriksaan termasuklah x-ray di hospital kelmarin: "Kemalangan itu membabitkan bahagian dada hingga membuatkan dia sukar bernafas. Selepas menjalani x-ray didapati tidak ada bahagian tulang yang patah," katanya.

Klik untuk gambar besar


Naquia berkata, itu bukan pertama kali Black terbabit dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan motosikal lasak. Sebelum ini penyanyi itu pernah patah tangan dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Kali ini dia tidak ditahan di hospital. Namun, doktor menasihatkan supaya kesihatannya dipantau dan sekiranya ada sebarang komplikasi dalam pernafasan dan sebagainya, rawatan susulan akan dijalankan," katanya.

Black yang menyertai perlumbaan motosikal lasak CKD MX Series di acara Ulu Yam mengejutkan pengikut-pengikutnya di Instagram selepas berkongsi foto dia dalam keadaan terbaring dan dikelilingi anggota paramedik APM.












www.myartis.com / Sumber & foto: Harian metro & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: