18 February 2020

LAUDYA CYNTHIA BELLA PADAM FOTO BERSAMA SUAMI & PERNIKAHAN


Baru-baru ini, rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran menjadi perbualan hangat. Ramai netizen mempersoalkan tindakan Laudya yang dikatakan telah memadam kesemua foto bersama suaminya termasuk foto pernikahan di laman Instagram. Malah netizen membuat andaian hubungan pasangan itu kini dilanda badai.





Walaupun gambar suami sudah tiada namun foto bersama anak tirinya, Engku Aleesya masih disimpan di laman sosialnya. Bagaimanapun baru-baru ini tersebar foto Laudya dan Emran menghadiri sebuah majlis bersama sekali gus menepis dakwaan rumah tangga mereka berantakan.

Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi dan tidak mahu suaminya menjadi 'target' wanita perampas. Dalam posting berkenaan, Bella menulis bahawa zaman sekarang wanita suka merampas suami orang lain. Tambahnya dengan sinis lagi, jika benar suka pada seseorang mintalah kepada Tuhan, mak cik ataupun saudara.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Terdahulu, Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira namun pasangan terbabit bercerai pada tahun 2014.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: