29 February 2020

KEMUNCULAN PERTAMA SELEPAS KEHILANGAN SUAMI - BCL TAK MAMPU TAHAN SEBAK


Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) yang masih berduka dengan pemergian suami tercinta itu tampil membuat kemunculan pertamanya pada malam Jumaat. Pada kemunculan pertama itu, Bunga menghiburkan peminat di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.





Dipetik dari live IG @sq_dome, Bunga kelihatan tabah meskipun masih belum mampu menutupi suasana hati duka saat membawakan beberapa single hits-nya. Seperti diketahui, Ashraf Sinclair, suami Bunga meninggal dunia di Jakarta, 18 Februari lalu. Allahyarham dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Salah satu lagu yang dibawakan pada persembahan itu 'Cinta Sejati'. Ia merupakan single hits Bunga yang merupakan OST filem 'Habibie Ainun'. Bunga berlakon dalam filem itu sebagai Hasri Ainun Habibie, bersama pelakon terkenal Reza Rahadian.

Sebelum memulakan persembahan, Bunga berpesan kepada penonton agar menjaga insan dicintai: "Hargai waktu kalian bersama orang yang dicintai. Kalian tidak akan tahu bila waktu itu akan selesai," tuturnya sambil mengesat air mata dipipi.

Klik untuk gambar besar


Pada persembahan yang sama Bunga turut menyanyikan lagu 'Cinta Sejati' ciptaan Melly Goeslaw. Bunga tidak dapat menghabiskan sebaris lirik lagu 'Karena Ku Cinta Kau' kerana tidak dapat menahan air mata sehingga disambung oleh penonton. Malah, Bunga kelihatan menyapu air mata beberapa kali ketika di atas pentas. Lagu lain yang turut dibawahkan ialah Harta Berharga.

Bunga yang memakai serba hitam turut memberi ulasan tentang lagu-lagu yang dinyanyikan: "Sepertinya setiap lagu punya kenangan sendiri ya. Maafkan saya tidak dapat menyanyikan lagu yang ceria-ceria hari ini," katanya.

Bunga juga memberitahu, ini kali pertama dia membawakan lagu 'Cinta Sejati' selepas Ashraf pergi meninggalkan dirinya dan anak, Noah Aidan Sinclair untuk selama-lamanya: "Ini kali pertama, selepas cinta sejati saya pergi buat selama-selamanya, saya akan membahagikan cinta kepada semua orang," ujarnya.

Balu Ashraf itu turut meminta maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyempurnakan lagu 'Cinta Sejati' dengan baik akibat terlalu emosi. Biarpun cuba mempamerkan wajah ceria, Bunga gagal menyorokkan kesedihan yang masih bersisa pada wajahnya. Lagu-lagu yang dibawakan semua bertemakan cinta dan keluarga.



Ibu kepada Noah Sinclair ini memberitahu, ketika ini dirinya masih belum boleh membawakan lagu-lagu bernuansa gembira: "Maaf kalau belum boleh membawakan lagu rancak seperti biasa. Tapi saya tetap bawa penari, BCL Boys saya," jelasnya yang dilihat menangis teresak-esak dalam pelukan dua rakannya, Afgan dan Vidi, selesai persembahannya.

Pada persembahan yang sama Bunga turut menyanyikan lagu 'Cinta Sejati' ciptaan Melly Goeslaw. Bunga tidak dapat menghabiskan sebaris lirik lagu 'Karena Ku Cinta Kau' kerana tidak dapat menahan air mata sehingga disambung oleh penonton. Malah, Bunga kelihatan menyapu air mata beberapa kali ketika di atas pentas. Lagu lain yang turut dibawahkan ialah 'Harta Berharga'.

Bunga yang memakai serba hitam turut memberi ulasan tentang lagu-lagu yang dinyanyikan: "Sepertinya setiap lagu punya kenangan sendiri ya. Maafkan saya tidak dapat menyanyikan lagu yang ceria-ceria hari ini," katanya.



Sementara itu, penampilan sulung Bunga dalam persembahan di Jakarta, 10 hari selepas pemergian suami, malam semalam telah menarik perhatian adik Ashraf, Aishah Sinclair yang menyifatkan balu abangnya itu tabah.

Memuatnaik video yang memaparkan Bunga mengawal perasaan ketika melantunkan bait lagu di laman Instagram, Aishah memuji kakak iparnya itu yang mengambil langkah 'besar' dalam meneruskan hidup tanpa Allahyarham Ashraf Sinclair.

Penyampai radio Mix FM itu bangga melihat Bunga sangat profesional dalam memenuhi komitmen dengan penganjur, biarpun masih berduka dengan pemergian Ashraf: "Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bangganya saya memiliki kakak ipar seperti kamu. Di sebalik kedukaan dan ujian menerjah, Bunga masih kuat meneruskan apa yang sudah dipersetujui awal," ujarnya.

Aishah menambah, apa yang dilakukan BCL, malam tadi, cukup sukar: "Orang selalu cakap hidup mesti diteruskan. Kamu mesti kembali bekerja termasuk melakukan rutin harian. Tapi itulah yang sukar dibuat... Kamu (Bunga) lakukan semuanya perlahan-lahan. Ini suatu langkah besar. Insya-Allah kamu akan okay dan merenung semula momen ini serta tersenyum... Saya sayang kamu," katanya.






















www.myartis.com / Sumber & foto: LIPUTAN6, mStar, Berita Harian, Twitter @ibcig, Instagram @bclsinclairashraf & Aishah Sinclair


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: