29 February 2020

MASUK KELAS AGAMA, BAIKI DIRI - SUAMI ENGGAN PAKSA TASHA BERHIJAB


Berkenalan di masjid dan telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon Tasha Shilla sekali lafaz di masjid yang sama semalam (28 Februari 2020), suami Tasha, Muhammad Atiq Idris, 33, berkata dia sentiasa memberi ruang kepada isterinya untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.





Muhammad Atiq yang merupakan seorang pakar kewangan enggan memaksa isterinya untuk berhijab selepas berkahwin, sebaliknya biarlah keputusan untuk menutup aurat itu datang dengan keikhlasan hati.

"Buat masa ini dalam perhubungan kami sejak berkawan semuanya datang secara semulajadi dengan izin Allah. Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan! Saya tahu dia seorang artis jadi saya dah bersedia sejak awal. Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini," katanya.

Pada Jumaat lalu, Tasha Shilla atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, dan Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada malam Jumaat di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Sebelum itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu setelah dua bulan berkenalan. Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

"Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu. Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang... inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan," ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Atiq berkata mereka bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat: "Kita sentiasa bersedia dan tak pernah rancang tentang hal itu... harap ia berlaku secara semulajadi dan kami ikut sahaja. Kalau diizinkan oleh Allah, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: