03 February 2020

KONGSI FOTO 'PRE-WEDDING' - ZAHIRAH & AIMAN BAKAL NIKAH 20 FEBRUARI 2020


Nampaknya pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi iaitu pada 20 Februari 2020. Keterujaannya itu dikongsi oleh Zahirah dan Aiman menerusi beberapa foto pra-perkahwinan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam (Ahad). Menerusi lokasi yang diletakkan, pasangan dua sejoli telah merakamkan momen manis mereka di North Perth, Western Australia.





"Part 1 - The Long Road. Every path has it's own journey, mine led me to you. Soon we'll be on our own journey, hand in hand taking the same path. #zahirAH #SaveTheDate #20220. Photo by @manis.moments," kapsyen di IG Zahirah.

"Part 1- Long Road. If only i knew there was a shortcut , i would not have taken the long road. But now that you are here, i would walk this journey and get lost with you. #zahirAH #Savethedate #20220 @manis.moments," kapsyen di IG Aiman.

Klik untuk gambar besar


Foto-foto tersebut juga jelas menunjukkan wajah berseri bakal pengantin Zahirah dan Aiman ini hangat dilamun cinta. Foto tersebut ternyata membuatkan peminat Zahirah dan Aiman berasa teruja dan tidak sabar menantikan hari bahagia selebriti kesayangan mereka.

"Tak sabarnya nak tunggu wedding of the year 2020," komen @akmalaarif - "Alhamdulilah. Tak lama dah tu. Tarikh yang ditunggu-tunggu. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Love you all," tulis @nuremi18

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mengikat tali pertunangan di kediaman ibu pelakon wanita itu di Perth, Australia pada 8 Jun 2019. Difahamkan kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
























www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: