Anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sering menerima teguran netizen apabila beraksi untuk aplikasi Tik Tok. Baru-baru ini menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram, remaja berkenaan ada berkongsi video tariannya dengan mengenakan t-shirt berwarna hitam dan seluar pendek.

Sekali gus, video tersebut mendapat perhatian dan reaksi pelbagai netizen. Lantas, Leona juga dilihat ada memberikan respon terhadap komen yang diberikan: "Its literally just dancing y'all just take it out of context like why r u soo sensitive?," balasnya.
Memiliki lebih 80,000 pengikut di Instagram, Leona sering berkongsi foto dan videonya menerusi platform berkenaan.
Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Kasih Iris Leona
________________________

No comments:
Post a Comment