28 February 2020

MAJLIS TAHLIL ALLAHYARHAM ABAM - SABARIAH TAK NAK TAHU APA-APA


"Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau," kata ibu Allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63.

Tambahnya, baik dia dan Hidayah, masing-masing tidak berhubung selepas pemergian Abam.

"SAYA tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.





"Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro bagi mengulas tindakan menantunya, Nor Hidayah MohdAli yang bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam.

Tambahnya, terserah apa yang nak dilakukan wanita itu.

Sabariah berkata demikian selepas majlis tahlil Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan, 32, di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur anjuran Astro.

"Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.

"Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwah hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwah tak pernah lupa telefon saya," katanya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: