28 February 2020

SEDIH SERING DITANYA SOAL KAHWIN - SIBUK KERJA BUAT DAYANG TAK FIKIR


Penyanyi Dayang Nurfaizah yang akan menganjak usia 39 tahun, sudah pasti tidak terlepas ditanya mengenai soal jodoh. Menurut Dayang, dia akui sedih kerana sering diajukan tentang soal perkahwin. Namun, Dayang berkata dia memahami orang selalu bertanya kerana usianya sudah semakin meningkat.





Jika sesetengah wanita lain di usianya, mereka pasti sudah mula kalut dan pening memikirkan jodoh yang tidak lagi kunjung tiba, namun buat Dayang, kesibukannya sebagai penyanyi membuatkan dia tidak memikirkan lagi untuk mencari pasangan hidup.

"Bosan... tapi saya faham orang akan sentiasa tanya sebab saya perempuan dan umur pun semakin 'muda'. Bila orang bertanya mengenai hal itu, ia akan membuatkan saya berasa sedih. Selama ini saya tak terfikir, sebab terlalu sibuk dengan kerja," kata Dayang.

Sementara itu, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, kerjaya seninya juga membuatkan dia sedikit takut untuk berumah tangga: "Memang mungkin kerja, situasi, keadaan susah. Saya agak takut sebab saya bukan kerja di pejabat, kerja saya di mata peminat-peminat. Harap-harap satu hari nanti, doa-doakanlah ya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Dayang berkata, masih banyak yang perlu dipelajari. Dia juga memasang impian untuk merakam album lagu klasik suatu hari nanti.

"Saya tak rasa kerjaya seni saya sudah berada di tahap yang selesa kerana banyak lagi yang saya perlu belajar, saya belajar apa yang peminat mahukan. Impian saya ingin membuat album klasik tapi keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah saya akan pastikan impian itu jadi realiti," jelasnya.

Tidak mengapa Dayang, jangan fikirkan kata-kata orang lain. Bab jodoh dan perkahwinan ini kita tidak boleh terburu-buru. Perancangan yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik dan Insya-Allah satu hari nanti pasti Dayang akan bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Dayang Nurfaizah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: