25 February 2020

MUATNAIK FOTO MESRA - PEMINAT RESTU HUBUNGAN ARIFF AZIZ & GADIS POLAND


Menerusi laman Instagram, bekas suami penerbit Datuk A. Aida, Ariff Aziz telah memuatnaik beberapa foto mesra bersama seorang gadis dari Poland. Ariff, 31, menulis ayat-ayat cinta di ruangan kapsyen yang ditujukan kepada gadis terbabit yang dikenali sebagai Monika Tereba.





"Fun, sick, distance,near... "Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over"," tulisnya.

Entri itu mendapat usikan peminatnya yang menyukai dengan pilihan baharu Ariff malah mendoakan semoga kekal bersama: "Kalau ada jodoh apa salahnya. Cuma pastikan didikan agama buat bakal isteri tu. Semoga kekal sebagai suami dan isteri.

Klik untuk gambar besar


"Kahwin jemput nanti. Moga dipermudahkan segalanya amin.. Moga jodoh kali ni hingga ke Jannah bro. - "Wow. Semoga terus bersatu hingga ke jinjang pelamin," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Ariff dan A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 50, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Julai 2018 namun bercerai selepas sembilan bulan bersama.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak Instagram Ariff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: