25 February 2020

PAKAI SELUAR KETAT WARNA 'NUDE' - SHERRY IBRAHIM KENA KECAM


Pelakon Sherry Ibrahim nampaknya sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuatnaik fotonya memakai seluar sukan ketat berwarna nude yang seakan menyerupai warna kulit di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Seherry sebelum pernah ditegur mengenai penampilannya sebelum ini.





Foto tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat pakaian itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita Muslimah dan berhijab. Malah, rata-rata pengikutnya mengkritik dan mendakwa Sherry seolah-olah tidak peka dengan menyarungkan seluar yang menyerupai warna kulit dan tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung.

Lebih teruk lagi, ada juga yang mengatakan Sherry seolah-olah 'berbogel' kerana seluar tersebut dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya. Sebelum menutup ruangan komen gambar tersebut, beberapa komen sempat diambil dimana netizen turut menyifatkan inilah definisi sebenar berpakaian tetapi telanjang.

Malah, ada yang menasihati pelakon tersebut agar berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu gambar kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah. Apa pun diharap Sherry akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum berkongsikan gambar di media sosial.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Sherry Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: