25 February 2020

ISU VIDEO LIVE: SAYA MEMOHON MAAF PADA ALI & HIDAYAH - ALIFF SYUKRI


"Saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta," demikian kata Datuk Seri Aliff Syukri yang akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.





Ia berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh disebabkan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.

"Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.

"Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak," jelasnya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kota Damansara semalam.

"Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja," tambah Aliff yang turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.

Untuk info, baru-baru ini Aliff Syukri telah membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah hingga mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.

Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai 'binatang'.

Ali bagaimanapun telah memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu dalam satu sidang media.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: