28 February 2020

MUATNAIK VIDEO SUAMI BERSAMA KEMBAR - PEMINAT JANGKA EMMA AKAN DAPAT 'TWIN'


Menerusi laman Instagram, pelakon Emma Maembong telah memuatnaik sebuah video sekali gus mendedahkan bahawa suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, mempunyai saudara kembar lelaki.





Melihat pada video yang dikongsi, Emma, 27, merakam gelagat suaminya bersama kembar yang dilihat mempunyai gelak tawa yang sama: 'Kelakar sangat tu my twins..." tulisnya.

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang teruja apabila mengetahui suaminya itu mempunyai genetik kembar.

Klik untuk gambar besar


"Kalau Emma ada anak nanti 'confirm' dapat kembar sebab dah ada genetik kembar dari belah suami mari kita doakan aamin. - "Ooo baru tahu kembar.. selama nie tunjuk yang adik jer... - "Yang mana satu suami Emma ini?" antara komen yang diterima Emma.

Untuk makluman, Emma dan Shazli yang juga seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: