28 February 2020

"BELUM LAHIR SUDAH TERIMA KECAMAN..." - EYRA HAZALI DEDAH DIDOAKAN GUGUR


"Tujuan umum kehamilan kerana mahu berita gembira ini keluar daripada mulut saya, bukannya orang lain. Tak sangka pula pengumuman ini mendapat maklum balas negatif. Ada yang tak suka hingga mendoakan perkara tak baik terhadap kandungan. Kalau saya ceritakan semuanya, mesti ramai yang terkejut.





"Antara komen yang paling teruk diterima selepas membuat pengumuman kehamilan adalah ada yang menganggap saya terlalu gembira dan akan gugur tak lama lagi," kata pelakon Eyra Hazali yang mendedahkan mendapat respon negatif daripada netizen selepas berkongsi berita kehamilan kepada umum.

Kata Eyra, terdapat segelintir manusia yang sanggup mendoakan supaya kandungannya gugur. Dalam pada itu, pelantun utama drama 'Mr Grey' akui perasaannya agak terganggu dengan komen-komen yang ditinggalkan di media sosial.

Klik untuk gambar besar


"Kasihan bayi saya, belum lahir lagi sudah menerima kecaman netizen. Tak dinafikan, emosi saya terganggu apabila membaca komen tetapi saya tak balas. Malas nak layan dan saya biarkan sahaja. Lebih baik saya fokus kepada kehamilan saya.

"Selalunya Haziq akan baca komen terlebih dahulu, selepas saya bangun tidur. Mana-mana komen tidak sesuai dan berunsur negatif, dia akan sekat sebelum saya baca. Walhal, saya sudah baca awal-awal, cuma berpura-pura tak tahu. Dia pantau komen kerana saya sering menjadi mangsa serangan netizen sejak kami berkahwin," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Eyra Hazali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: