Sebelum ini, penyanyi Noryn Aziz dan suaminya dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada 1 April 2018 untuk menghadiri sesi majlis sulh pertama. Namun sehingga kini status perkahwinan mereka masih belum diketahui. Noryn dan suami bernikah pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah, 4.

Bagaimanapun, Noryn akui kehidupannya kini lebih bahagia bersama anak kesayangannya yang berusia enam tahun. Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz turut memohon untuk tidak mahu menjelaskan apa-apa mengenai statusnya sama ada masih berkahwin atau tidak dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.
"Saya benar-benar bahagia dengan kehidupan saya sekarang, lebih-lebih disamping anak tersayang. Apa yang berlaku sudah pun berlalu dan kini masanya untuk saya 'move on' kerana saya tahu masa depan saya cerah," katanya.
Klik untuk gambar besar

Tambah Noryn lagi, dia kini mahu memberi fokus kepada dirinya sendiri kerana dia akui sedang melalui satu fasa yang indah: "Apa yang penting, saya kini mahu memberi fokus kepada diri saya sendiri untuk menyanyangi diri ini dan lakukan apa sahaja yang saya suka.
"Saya dapat rasakan perjalanan kehidupan ini sangat indah. Lagipun kehidupan ini kita tidak boleh tersekat di situ sahaja. Kita perlu cuba untuk mencari kebahagiaan itu untuk jadi lebih kuat," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noryn Aziz
________________________

No comments:
Post a Comment