28 February 2020

GUSI ANAK KEMBAR FAD, ZAYYAN TERTUSUK BESI 'REMOTE CONTROL' KERETA


"Dugaan buat kami. Haih la anak. Habit suka gigit barang mainan. Kalini tersilap gigit kereta control punya remote. Besi la nakkk, ngilu mommy. Menggeletar badan2 ni. Alhamdulillah semuanya selamat dh. 1:30 pagi semalam masuk OT. Fully bius sbb dalam keadaan dia sakit mmg susah utk tarik kluar. Doktor jahit balik gusi. Mcm2 sementara anak nak besar ni.





"Terima kasih yang tk henti2 tanya doakan anak mommy sorang ni," demikianlah tulis isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman mengenai salah seorang anak kembarnya, Favian Adrazin Zayyan yang mengalami cedera ringan apabila gusinya tertusuk besi alat kawalan jauh (remote control) kereta permainan.

Nur Syahirah atau Syaheera yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram itu berkata, Zayyan selamat jalani pembedahan kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat bagi mengeluarkan besi yang tersangkut di celah gigi.

Klik untuk gambar besar


Syahira berkata, kejadian itu merupakan salah satu dugaan yang lalui sepanjang membesarkan anak. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan anaknya.

Untuk makluman, Nur Syahira mendirikan rumah tangga dengan Fad bocey pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Syaheera Rahman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: