23 February 2020

NURULHIDAYAH AKUI SEBAR NO AKAUN: "BALU TAK PERNAH MINTA SEDEKAH"


"Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas inisiatif saya. Saya minta rakan-rakan repost nombor akaun balu Abam termasuk pelakon Fizo Omar untuk membantu dia membesarkan si kecil (Hamzah).





"Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu... salah ke peminat nak bantu juga? Dosa ke?," kata aktivis politik iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi laman Instagram yang tampil menjelaskan situasi sebenar dan memberitahu isteri Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah tidak mengetahui mengenai sumbangan itu.

Perkongsian nombor akaun bank milik balu arwah Abam adalah atas inisiatif rakan artis untuk memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan. Bersama kapsyen tersebut, turut disertakan paparan skrin perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black iaitu Naquia Yasirah atau Cira di mesej peribadi Instagram. Dalam perbualan tersebut, Nurulhidayah atau lebih mesra disapa Kak Long meminta Cira mendapatkan nombor akaun bank balu arwah Abam.

Klik untuk gambar besar


Pada Jumaat lalu, adik Abam yang juga pelawak iaitu Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun peribadi dan menerima sumbangan orang ramai. Bantuan itu seolah-olah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwah dan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

Sementara itu, Nurulhidayah berkata, dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah merasai keperitan kehilangan suami dan bergelar balu. Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada Hidayah supaya terus bangkit membina kehidupan tanpa mengharapkan sesiapa.

"Lillahitaala ini usaha saya sendiri. Saya tak kenal pun Dayah tapi saya simpati sebab saya pernah rasa jadi balu. Pesan dekat Dayah... Move on! Jangan harap sesiapa, buktikan Dayah boleh bangkit! Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: