23 February 2020

FOTO DICIUM SUAMI EMMA TERIMA PELBAGAI REAKSI - CHACHA ENGGAN KOMEN


Semua mengetahui mengenai pelakon Emma Maembong telah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya. Foto-foto sekitar majlis tersebut telah dikongsikan menerusi laman sosial bagi tatapan peminat. Namun begitu, foto adik kepada Emma iaitu pelakon Chacha Maembong yang diapit serta dicium pasangan pengantin itu mencetuskan sensasi hingga tular di media sosial.





Posting berkenaan memaparkan foto Emma yang sedang mencium pipi Chacha di atas pelamin. Namun, apa yang membuatkan ramai memberi reaksi apabila suami Emma turut dilihat mencium adik iparnya itu. Foto tersebut mendapat kecaman dan mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang turut terkejut melihat perkara itu yang disifatkan keterlaluan serta mencemarkan imej Islam.

Malah, netizen berkata seolah tiada batas kerana mereka bukan mahram dan haram bersentuhan. Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran bertanyakan siapa sebenarnya yang berkahwin, Emma atau pun Chacha. Menerusi Facebok Makcik Bawang Channel, rata-rata netizen menegur tindakan dan kelakuan tersebut kerana dianggap tidak menjaga batas pergaulan antara ipar duai, bukan mahram.

Klik untuk gambar besar


"Beratlah tak tahu dosa pahala yang mana haram. Bab faraid pun belum khatam! Bab faraid tak selesai lagi dah keluar bab batas aurat adik ipar pula, jangan sampai (Datuk Seri) Aliff Syukri datang rumah buat live. Itulah masa kelas agama kau kat meja belakang berborak dengan kawan-kawan," tulis netizen.

Sebelum itu, dua keping foto yang dirakam oleh Project2pi itu tersebar di laman Facebook dipercayai dikongsi oleh akaun kelab peminat Emma iaitu Emanizers. Bagaimanapun, hasil carian mendapati foto tersebut telah dipadam oleh pengendali akuan berkenaan.

Ketika ditanya berkenaan hal ini, Chacha tampil memberikan reaksi dan menyifatkan netizen terlalu negatif. Malah pada masa sama, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 24, juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut: "Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu," kata pelakon filem 'Garang: Aku Luar Biasa' seperti yang dipetik.



Pada Khamis lalu, Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani, 28, selamat bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, di Dunia Melayu, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Emma memberitahu dia mula mengenali Shazli ketika menghadiri sambutan ulang tahun Uqasha Senrose pada tahun 2017. Pelakon filem 'Kimchi Untuk Awak' ini juga terbuka hati menerima Shazli sebagai suami kerana sikap lelaki itu yang mementingkan keluarga dan agama.

Apa pun kita bersangka baik sahaja, mungkin itu cara mereka tunjukkan kasih sayang. Diharap selepas ini, mereka akan lebih berhati-hati dalam pergaulan antara adik dan abang ipar kerana bimbang boleh mengundang fitnah.




www.myartis.com / Sumber: mStar, Astro Gempak & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: