12 February 2020

PAKAI TELEKUNG ISU KECIL - TIADA TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP SAJAT


Sebelum ini, isu usahawan kosmetik dan penyanyi, Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita lengkap iaitu bertelekung, bertudung dan berpurdah itu cukup hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian kerajaan. Tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.





Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan menegaskan sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap Sajat. Baru-baru ini, Datuk Seri Mujahid meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sajat yang didakwa telah mencermakan imej Islam dan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Terdahulu, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Bagaimanapun, sebaik sahaja berada di Makkah dia menukar penampilannya sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

Selepas dikecam teruk Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Malaysia Gazette & The Star


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: