12 February 2020

DATUK SERI VIDA: "MACAM GAMP*NG.. CARA MINTA MAAF YG MENGANJ*NG....."


Pelakon dan pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi satu sidang media tergempar yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka selain memberi penjelasan terhadap segala pertuduhan yang membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.





Permohonan secara eksklusif itu dilakukan selepas Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan, Isnin lalu. Selain itu, saman juga dikemukakan kerana Azwan telah menghina kematian dua anak lelaki Vida yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

Selepas permohonan maaf dibuat Azwan, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah memberikan reaksi di akaun Facebook dan Instagram miliknya: "MACAM GAMPANG... CARA MINTA MAAF YG MENGANJING. Tulah bajet pakai 5 lawyer, tak perlulah nak pakai 5 lawyer cap ayam. Kau kata lawyer aku pondan lah apa semua apa hal? Apa jadah? Lawyer aku kau kata pondan kau sekolah tak?

Klik untuk gambar besar


"Nak maaf kau ingat senang? Nak maaf tu buatlah dengan adab sopan sikit. Tak perlu nak cium tangan ke, nak cium mulut ke tapi ni menganjing! Saya tengok perangai dan gelagat dia berjam-jam buat 'Press Confrence' (PC). Kalau tak ada isu ini dimana kau? Kalau saya ada cili memang saya cilikan dia lah," katanya.

Terdahulu, Vida turut mengadakan satu sidang media di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur bagi menuntut Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam terhadap penghinaan terhadap oleh Diva AA kepada DSV sekeluarga, Isnin lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: