13 February 2020

PERSAMAAN ALLAHYARHAM ABAM, MR. OS & PAK YUS IALAH BERSEDEKAH - USTAZ HANAFIAH


"Selepas mereka.. siapa.. atau kita?

"Persamaan Allahyarham Mr. Os , Pak Yus dan Abam. Moga Mereka semua damai di sana. Kisah semalam di Masjid dan dari Penjaga Kubur.





"Kisahnya jam 10.30 mlm ketika penjaga kubur nak tutup pagar. Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu utk masuk ziarah kubur ABAM. Di ceritakan ABAM menampung segala perbelanjaan sekolah anak anaknya. Kelebihan bersedekah.," demikian kongsi Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, Mengenai persamaan tiga pelawak popular, Allahyarham Abam, Mr Os dan Pak Yus.

"Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

"Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwah Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

Klik untuk gambar besar


"Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

"Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masalah kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.

"Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.

"Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah," ujarnya.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: