13 February 2020

"COUNTING DAYS INSYAALLAH.. BE MY IMAM..." - JOY REVFA


Pengusaha kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 32, menerusi laman Instagram miliknya telah memberi bayangan bahawa dia kini sedang menghitung hari untuk menamatkan status ibu tunggalnya. Dalam status tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu berharap bakal suaminya itu bakal membimbingnya untuk menjadi muslimah sejati.





"Counting Days Insyallah... Hope u will always be my Imam for my prayers... Be my qari & read the quran for me... Be the one who leads me to Allah SWT... Be my happy place and take me with you to Jannah.. That’s all I asking for.. bismillah. #offthemarket #soon," tulisnya.

Menerusi entri yang saya dia berkongsi fotonya yang sedang merenung ke luar jendela. Rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita tersebut serta mengucapkan tahniah kepada Joy. Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017. Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Joy Revfa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: