13 February 2020

SAKINAH RANCANG ANAK KEDUA, TAPI NEGATIF: "TAKDE REZEKI...CUBA LAGI"


Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah ada memuatnaik sekeping foto keputusan ujian kehamilan iaitu negatif di laman media sosial Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Sakinah memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua bersama suaminya, Alif Adha.





"Takde rezeki. Sila cuba lagi," tulis bintang drama bersiri 'Girlfriend Aku Dari Neraka' ini yang tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan kata-kata semangat kepada adik kepada Sharifah Shahirah ini agar bersabar dan nantikan peluang dikurniakan rezeki zuriat lagi.

Untuk makluman, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata bernama Anais Adha, 3 tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: