07 February 2020

"RUPA-RUPANYA MAIN TELEFON..." - WANI KAYRIE NYARIS KEMALANGAN


Penyanyi Wani Kayrie, 20, menerusi laman Insta Story memberitahu kereta yang dipandunya hampir dilanggar kenderaan lain pada tengah malam, Rabu. Lebih membuatkan Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berang apabila melihat individu yang hampir melanggarnya itu sedang bermain telefon ketika sedang memandu.





"Kejadian itu berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan hampir nak sampai. Ketika itu, kereta saya berada di laluan kiri menaiki bukit. Tiba-tiba saya sedar ada kereta dari hadapan nak turun bukit laju ke lorong kiri yang sepatutnya dia berada di lorong kanan.

"Kereta itu hampir nak 'cium' kereta saya tapi nasib baik dia sempat elak. Tapi yang buat saya marah bila nampak dia rupa-rupanya sedang main telefon sambil memandu," katanya.

Sebelum ini, Wani memuatnaik status di Instastory meluahkan rasa berang dengan tindakan cuai pemandu wanita yang hampir melanggarnya. Wani turut menasihati pemandu kenderaan lain supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana boleh bahayakan keselamatan orang lain.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu Magika ini memberitahu kejadian tersebut turut menyebabkan dia berasa trauma sehingga kini: "Sebenarnya sudah beberapa kali juga saya hampir dilanggar. Tapi semalam pertama kali kejadian itu berlaku ketika sedang menaiki bukit.

"Memang sehingga kini, saya jadi trauma pula. Yela... kita punyalah berhati-hati dan bawa perlahan tapi sebab kecuaian orang lain, kita pula yang hampir jadi mangsa," ujarnya.

Biarpun kita sudah berhati-hati dalam pemanduan namun tetap berhadapan dengan risiko kemalangan akibat kecuaian orang lain. Apa kata anda?




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: