07 February 2020

ISU 'UNFOLLOW' IG SUAMI - INI PERJELASAN KAKA AZRAFF


"Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nak unfollow Adam dan saya sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu. Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami sentiasa fall in love with each other.





"Adam pun berasa geli hati apabila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu," demikian kata Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31, yang menjelaskan tindakannya 'unfollow' Instagram suaminya, Adam Azriff dilakukan secara tidak sengaja dan turut memberitahu rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan tidak bermasalah.

Sebelum ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba rumah tangga Kaka menjadi bualan netizen apabila dia berhenti mengikuti akaun Instagram suaminya. Penyanyi lagu 'Sibuk' ini diminta mengulas mengenai sebuah artikel yang mendakwa dia tidak lagi mengikuti akaun laman sosial suaminya. Menerusi artikel tersebut, hasil semakan memperlihatkan Adam masih mengikuti Instagram Kaka.

Kaka dan Adam disatukan sebagai suami isteri pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober tahun lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: