07 February 2020

"TAK HORMAT AGAMA, SUKA PERHATIAN... HENTIKAN UPDATE DIA" - ADAM CORRIE


"Hari-hari cerita pasal dia. Cukup!!! Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan, tak menghormati agama dan sebagainya.. Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian..





"Hentikan update posting gambar2 dan nama dia setiap hari," tulis pelakon Adam Corrie yang menyeru orang ramai agar berhenti daripada terus memberikan perhatian kepada mana-mana individu yang tidak menghormati agama.

Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, turut menyeru agar masyarakat berhenti daripada memuatnaik sebarang gambar dan nama individu yang sengaja mengundang kecaman. Adam meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya. Perkongsian Adam itu kemudian menerima pelbagai respons yang bersetuju dengan apa yang disuarakannya.

Klik untuk gambar besar


"Betul tu, setuju. Lagi dilayan, lagi dia buat. - "Betul abang, lagi orang kongsi pasal dia, lagi dia suka sebab satu malaysia tumpu pada berita dia. - "Setuju, saya pun geram. Tengok pengikut dia makin bertambah ada lah - "Bila semua mata beralih kepada mereka, itulah yang dicari sebenarnya," tulis sebahagian netizen.

Biarpun tidak menyebut secara langsung nama mana-mana individu, namun entri berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang menunaikan umrah dengan mengenakan telekung.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya menunaikan ibdah umrah dalam keadaan dirinya menyerupai jemaah wanita.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adam Corrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: