07 February 2020

"ALHAMDULILLAH... SAYA LULUS PEPERIKSAAN & PEROLAH GRED B..." - REBECCA


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, 34, telah memberi bayangan bahawa dia bakal melalui satu fasa baharu dalam hidupnya apabila berhasrat ingin terus menimba ilmu. Melihat pada posting tersebut, ia menunjukkan Rebecca baru sahaja selesai menduduki satu peperiksaan dan berjaya lulus. Begitupun, Rebecca bertindak merahsiakan jenis peperiksaan yang diambilnya.





"Yeay, syukur Alhamdulillah Ya Allah, Saya lulus peperiksaan dan peroleh gred B. Alhamdulillah, boleh tahan juga. Saya sudah lakukan yang terbaik. Sekarang masa untuk meraikannya. Terima kasih kepada anda yang mendoakan mummy Becca. Di sinilah perjalanan baru saya, ayuh kita mulakan," tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam entri tersebut pelakon drama 'Jangan Tegur Lagi' itu turut memaparkan salinan slip keputusan peperiksaan yang didudukinya semalam. Biarpun tidak mendedahkan kursus yang diambil, dalam satu entri berasingan, Rebecca mendedahkan ia merupakan bidang yang sudah lama ditinggalkannya.

"Hari ini mummy ada peperiksaan. Haa, peperiksaan apa tu, jeng jeng jeng.. peperiksaan bidang dunia yang lama mummy Becca tinggalkan," kongsinya dalam satu entri berasingan yang kemudian menerima respons dalam kalangan pengikutnya yang mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya itu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rebecca Nur Al Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: