07 February 2020

ZARA ZYA TEMUI CINTA BARU DENGAN AZLEE KHAIRI?


Isu putus tunang pelakon Zara Zya dan pelakon Hafreez Adam pada hujung bulan tahun lalu itu ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, baru sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai.





Tak sampai dua bulan putus tunang, timbul pula desas desus mendakwa Zara sudah menemui pengganti dan dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Azlee Khairi yang kini bergandingan dengannya menerusi drama 'Seadanya Aku'.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Azlee meninggalkan komen romantis buat Zara. Melihatkan komen tersebut, ramai yang merestui jika mereka benar-benar bercinta. Seperti diketahui ini bukan kali pertama mereka bergandingan dan mereka juga sudah lama berkawan.

Bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status Azlee kerana sebelum ini aktor tersebut dikatakan sudah berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014. Namun timbul desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo dan disebab itu dia kembali aktif berlakon. Tetapi setakat ini Azlee enggan memberikan apa-apa komen mengenai status dirinya.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: