07 February 2020

FARID KAMIL NAFI RUMAH TANGGA BERANTAKAN: "BERUNTUNG MEMILIKI DIANA"


Desas-desus yang mendakwa hubungannya dengan isteri, Datin Diana Danielle sudah berantakan, pelakon Datuk Farid Kamil menafikan dan berkata Diana merupakan tulang belakangnya yang sentiasa ada walau dia ditimpa musibah berkali-kali.





"Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan. Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malapetaka. Dia masih bersama dengan saya. Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang. Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana," kata Farid.

Dalam pada itu, Farid melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif. Ujarnya lagi, ada hikmah di atas apa yang berlaku dan mungkin ini adalah cara untuk Tuhan tunjukkan sesuatu padanya.

Klik untuk gambar besar


"Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa 'terbang' jauh. Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya. Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," tambahnya.

Pada 15 Mei tahun lalu, Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC). Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 35 hari, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai. Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Farid Kamil & Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: