15 February 2020

'SAKIT', 'BILA PERGI', 'SI KASIH' - SUSUNAN LAGU SINGLE ACHEY, FAD & ABAM


Kehilangan Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey memang sangat dirasai oleh semua pihak terutama keluarga serta sahabat rapatnya, Achey dan Fad. Keakraban mereka melalui gabungan Kumpulan Bocey sememangnya tidak dapat disangkal.





Pemergian Abam pada hari Isnin lalu iaitu 10 Februari 2020 memberikan kesan yang sangat besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat handai, tetapi juga kepada mereka berdua, apatah lagi ketika itu Fad berada di luar negara.

Sebagai peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, media sosial mereka dipenuhi dengan cerita keakraban di antara satu sama lain. Malah sambutan hari lahir Fad pada 13 Februari juga disambut di rumah arwah Abam selepas tamat majlis tahlil yang diadakan. Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa ketiga-tiga mereka iaitu Achey, Fad dan Abam masing-masing mempunyai single tersendiri.

Klik untuk gambar besar


Single Achey yang bertajuk 'Sakit', single Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Nizam yang bertajuk 'Bila Pergi' dan single Abam yang bertajuk 'Sikasih' digabungkan Achey menjadi 'Sakit Bila Pergi Sikasih' walaupun hanya kebetulan, tetapi membayangkan perasaan mereka ketika ini yang kehilangan Abam.

Dalam satu entri di Instagram milik Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Hamzah, dia menyusun cantik tajuk lagu single nyanyian setiap daripada mereka: "Alhamdulillah Cantik susunan bila aku bukak youtube... #sakit #bilapergi #SIKASIH #nampakjedoaterus #kitabaikramaisayang #bocey," tulis Achey.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar dan semoga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: