15 February 2020

LEINA HANGAT: "BILA GOOGLE.. YA ALLAH... MANA PERGI IMAN AKU....."


"Bila saya google nama sendiri di Internet... terus terdetik dalam hati, Ya Allah Ya Tuhanku... mana pergi iman aku waktu itu? Tapi mungkin ketika itu Allah menguji saya. Setiap manusia pasti akan diuji dan apabila tiba masanya sudah pasti kita kena kembali padaNya.





"Bagi saya, apa saja ujian yang diberikan kita kena terima dan yakin satu hari nanti ia boleh menjadikan kita manusia lebih baik. Bila diberikan hidayah untuk bertudung, rasa syukur. Sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar.

"Sebelum bapa saya meninggal, dapatlah arwah melihat saya ke jalan yang benar, InsyaAllah," tutur penyanyi Leina Hangat yang terdahulunya sentiasa menjadi perhatian dengan imej seksi dan aksi berani ketika membuat persembahan sekitar era 1990-an.

Tatkala mengimbau semula sewaktu namanya menjadi sebutan, Leina atau nama sebenar Nor Azlina Abdul Rahman mengakui ketika itu dia tidak mempunyai keimanan yang teguh. Bagaimanapun bagi Leina, setiap manusia akan diberi ujian dan dugaan daripada Allah untuk menjadikan diri lebih baik.

Klik untuk gambar besar


Leina Hangat menambah, setiap orang punya kisahnya yang tersendiri: "Sebab bagi saya, setiap individu itu ada perjalanannya dan InsyaAllah kalau niat betul dan cuba untuk dekatkan diri dengan Allah SWT, teruskan doa agar ditunjukkan jalan yang benar, pada suatu, di mana kita... tak tahu ia akan terjadi. Saya pun sendiri rasa macam mimpi, demi Allah," katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Ceria Dalam Gundah' mengambil keputusan untuk berhijab pada 2010 dan sehingga kini masih mengekalkan penampilan itu. Dalam pada itu, Leina mengakui dia pernah berasa segan untuk memperkenalkan dirinya sebagai 'Leina Hangat'.

Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, Leina Hangat akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu: "Kalau nak kenalkan diri dengan nama penuh, orang tak kenal. Tapi apabila nak sebut Leina Hangat tu, demi Allah saya rasa malu.

"Tapi disebabkan orang dah kenal dengan nama itu, saya terpaksa akur saja. Bagi saya, tak mengapa asalkan nama dalam kad pengenalan ada maksud yang baik. Orang nak gelar atau panggil saya Leina suam-suam kuku ke Leina hangit ke, saya tak kisah. Asalkan bukan yang tidak baik.



"Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud 'gembira' dan Hangat itu ibaratnya sentiasa 'hangat bergembira di Hari Raya'," ujarnya.

Mula mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu, Leina Hangat menegaskan apa yang pernah dilaluinya dulu ibarat liku kehidupan yang seterusnya mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sinonim dengan penampilan berani suatu ketika dahulu, figura Leina Hangat cukup sensasi. Malah, keunikan nama pentasnya itu sekali gus membuatkannya kekal diingati pencinta muzik hingga kini.

"Biasalah... 'Zaman Jahiliah'. Semua merasa. Kalau tidak, kita tidak tentu akan jadi baik kalau kita tak pernah 'jahat' dulu, itu pada pandangan saya. Kalau saya tak jadi jahat dulu, kemungkinan, saya tak akan jadi baik seperti sekarang. Mungkin tak cukup baik di mata manusia, tapi sekurang-kurangnya saya cuba jadi lebih baik di mataNya," katanya jujur.



Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut menambah, setiap orang punya kisahnya yang tersendiri: "Sebab bagi saya, setiap individu itu ada perjalanannya dan InsyaAllah kalau niat betul dan cuba untuk dekatkan diri dengan Allah SWT, teruskan doa agar ditunjukkan jalan yang benar, pada suatu, di mana kita... tak tahu ia akan terjadi. Saya pun sendiri rasa macam mimpi, demi Allah," terangnya lagi.

Ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini, Leina Hangat memberitahu yang dia masih aktif menyanyi cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja. Baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga. Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni

"Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja. Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri," jelasnya.

Kali terakhir penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000. Selain 'Ceria Dalam Gundah', Leina Hangat turut popular menerusi lagu 'Gara-Gara', 'Eh... Dangdut', 'Helo-Helo Sayang' dan banyak lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan & Instagram Leina Hangat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: