15 February 2020

KERAP DITIPU LELAKI - ZULIN TIDAK TAHU MANA SALAH & SILAPNYA


"Saya tidak tahu mana salah dan silapnya. Seumur hidup, saya kerap ditipu insan bernama lelaki. Hingga saya pernah meluahkan perasaan pada mama, enggan lagi memikirkan soal jodoh dan hanya mahu fokus pada kerja. Apabila hati sudah mula menyayangi, lelaki yang dicintai hilang tanpa khabar berita. Situasi ini kerap berulang setiap kali saya menjalin hubungan cinta.





"Tetapi, apabila saya sudah 'move on' dan mula melupakan, mereka hadir semula menyatakan perasaan sayang dan rindu. Bagaimanapun, sudah terlambat," ujar pelakon, pelawak dan pengacara, Zulin Aziz, 31, yang mengakui keinginan merasai nikmat berumah tangga dan melahirkan zuriat tidak pernah padam dalam dirinya.

Namun, takdir penentu segala-galanya. Hingga hari ini, wanita serba boleh ini belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Beberapa siri percintaan yang menemui kegagalan membuatkannya lelah untuk memulakan perhubungan cinta baharu.

Zulin berkata, dia terguris apabila ada tuduhan mengatakannya terdesak mahu berumah tangga: "Saya malu dan tertekan apabila netizen menuduh saya bukan-bukan. Kenapa setiap kali terpacul kisah jodoh, saya dituduh terdesak? Sedangkan, ramai yang melakukan perkara yang sama tetapi tidak pula dikecam," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Zulin berkongsi, dia kerap didatangi wanita tua yang mengusap wajahnya dengan penuh rasa kasihan ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu: "Bagaimanapun, masalah komunikasi menyebabkannya tidak mampu bertanya. Saya diburu kebimbangan dan tanda tanya diri adakah wanita tua nampak sesuatu yang tidak baik pada diri saya?

"Saya takut dan menangis. Sebelum ini, ada yang pernah menegur termasuk golongan alim yang mengatakan saya sakit. Saya tiada sebarang masalah, sebaliknya berasakan saya sihat walafiat. Jika benar saya dikhianati, kenapa rezeki saya tidak pernah putus? Malah, saya tidak pernah sakit," katanya.

Katanya, biarpun sukar mempercayai, tetapi dia ikhtiar berubat: "Ke sana sini saya mencuba tetapi masih sama. Insya-Allah, saya akan mengerjakan pada umrah bulan ini, jadi mahu mengambil kesempatan berdoa sepuas-puasnya.

"Andai benar ada sesuatu pada diri yang tidak diketahui, saya pinta agar Allah SWT menyembuhkan penyakit saya," tuturnya yang turut memberitahu dia tidak mahu membuang masa bercinta lama-lama, sebaliknya mahu terus mendirikan rumah tangga kerana usianya bukan muda lagi andai ditemukan lelaki yang serasi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: