15 February 2020

AKUI SUDAH ADA 10 BUAH ASET - MILA DITUDUH RIAK, MENUNJUK-NUNJUK


Penyanyi Mila Jirin menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah berkongsi rasa gembiranya apabila memiliki aset ke-10 di Johor Bahru, berkat usaha dan rezeki yang tidak putus dalam perniagaan. Mila turut meluahkan rasa syukurnya berkongsi sama foto di hadapan banglo mewahnya itu bersama suami, A. Ailis Mustapha.





"ALHAMDULILLAH... Dah ada rumah di #JohorBahru.... Property kami yang ke 10 dengan @ecoworldgroup di JB #InsyaAllah... Lepasni 4 hari Puchong, 3 hari JB lah yeeee encik suami @isz_mustapha tak pun kita main osom osom yer. Lepasni nak gi office @bizmilla_wedding_centre JB, boleh naik basikal jer... #exercise," tulis Mila di Instagram.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan perkongsian Mila itu dan menuduh penyanyi lagu Persis Mutiara itu sengaja menunjuk-nunjuk: "Memang bagus berjaya banyak duit tapi kena peka terhadap tanggungjawab kemasyarakatan juga. Rumah ke 10?

"Lagipun Islam melarang umatnya berlebihan. Tiada apa nak dibanggakan sebenarnya bila tamak sampai ada 10 rumah sedangkan ramai disekeliling anda satu rumah pun tiada malah yang duduk bawah jambatan pun masih ada," tulis pemilik akaun @nisawhitby.

Namun, ramai yang masih menjadikan Mila sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Hingga ada yang menyifatkan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu sebagai 'supermila'.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mila Jirin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: