16 February 2020

MESKIPUN RAMAI USTAZ KATA ABAM BOCEY MENINGGAL SOLIH...


Namun ada juga pihak kononnya 'pandai agama' yang mengutuk 'tak solih', rezeki haram

Ramai yang tahu mengenai sifat pemurah Allahyarham Abam Bocey ketika hayatnya dan disifatkan sebagai solih oleh ramai ustaz dan ahli agama. Malah adiknya iaitu pelawak Ali Puteh turut mengakui abangnya itu banyak melakukan amal jariah tetapi tidak didedahkan kepada umum.

Namun entah kenapa, masih ada segelintir pihak yang seolah sakit hati dengan gelaran 'solih' tersebut dan sanggup mengkafirkan pihak yang memberi pendapat itu. Dakwa pemilik FB bernama Ibnu Hasan Al-Amin ( https://www.facebook.com/IbnuHasanAlAmin ) itu: "Sangat tidak logik seorang pelawak profesional diSOLIHkan dan dimuliakan macam orang SOLIH"





Perkongsiannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana memperkecilkan Allahyarham Abam sebab mendakwa rezeki pelawak adalah haram kononnya suka buat LAWAK dengan kata-kata dusta.

"Pemuja pelawak itu persis seperti orang kafir dari Bani Isroil yang dila'nat oleh Nabi 'Isa dan Nabi Dawud kerana mereka durhaka dan melampau batas dan tidak saling cegah kemunkaran yang mereka perbuat," dakwanya.

Hal ini awalnya telah didedahkan oleh pengguna FB 'Kamal Jebon' yang memberitahu "tengok kat fb org ni. mengatakan hukum rezeki para pelawak adalah haram sbb terlibat dengan maksiat dan pendustaan. menyamakan kematian abam bocey seperti syiah khomeini. boleh tengok status2 hadis yang dia share di wall fb dia"

"Kau ingat org soleh tu apa kena menunjuk ke buat amal atau ibadah pelawak pun satu pekerjaan yg halal bukan mencuri pun," komen peminat Abam yang marah dengan pendapat tersebut.

"Manusia akhir zaman,macam2 jenis ada," tambah yang lain.

Klik untuk gambar besar


Berbalik pada adik Allahyarham Abam, katanya sedekah abangnya itu tak pernah dihebohkan pada sesiapa atau diberitahu orang lain.

"Dia buat bukan sebab banyak duit tapi sebab dia memang pemurah. Kena tipu pun ada tapi dia kata tak apalah Allah ada.

"Saya tahu dia ada tanggung anak-anak yatim, Abam tak panggil sumbangan tapi dia kata duit belanja untuk adik-adik dia, selalu bertanya pasal adik-adiknya dah makan ke belum dan minta saya hantarkan makanan ke pusat tahfiz berhampiran rumah," katanya.

Ali juga memberitahu dia juga baru tahu Abam ada membantu memberikan dana pada seorang ustaz untuk menyampaikan dakwah di Pahang dan pekara itu didedahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Azman.

"PU Azman telefon saya dan dia diam sahaja, saya tanya kenapa diam, rupanya dia menangis dan meraung. Dia menyampaikan pesanan kawannya, Ustaz Anaz iaitu seorang penceramah bebas dari Pahang.



"Katanya pergerakan Ustaz itu menyampaikan ceramah dan kuliah ditanggung oleh arwah Abam. Itu sebab PU Azman menangis, bayangkan kita bukan belanja orang pergi bercuti tapi dia tanggung untuk kuliah agama," katanya.

Sementara itu Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata mengenai kematian Abam: “Bagi Saya, Bila Kematiannya Disebut-Sebut, Itulah Petanda Kematian Husnul Khatimah”

Kesimpulannya... mari kita hayati Sabda Rasulullah ini:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.”

(Riwayat Muslim, no. 949)





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: