26 February 2020

SERONOK PUNYAI BABY GIRL - JAMAL ABDILLAH TAK MAHU KELUAR RUMAH


"Wah, seronok dengan baby, sekarang dia berumur empat bulan setengah. Saya seperti menjalani satu kehidupan yang baharu. Dulu bila duduk dekat rumah rasa terfikir nak keluar nak bawa isteri berjalan, tetapi sekarang bila dah ada baby nak duduk dekat rumah je," demikian kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang teruja dengan kehadiran anak perempuan pertama iaitu Nur Azura Yamani yang kini berusia empat bulan.





Jamal, 61, berkata, keterujaan tersebut membuatkannya memilih untuk meluangkan banyak masa di rumah kerana lebih suka menjaga dan bermain-main dengan anaknya di rumah berbanding keluar berjalan seperti sebelum ini. Jamal ditemui ketika sidang media konsert amal bersama Dayang Nurfaizah di Istana Budaya pada Selasa.

Penyanyi lagu 'Kekasih Awal Dan Akhir' ini berkahwin dengan Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017 di Ipoh Perak. Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun ketiga-tiganya berakhir dengan perceraian. Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Klik untuk gambar besar


Bercakap penglibatan anak keduanya, Ahmad Zaki Yamani, 13, yang kini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian, Jamal berkata, dia sentiasa memberi galakan. Bagaimanapun, Jamal Abdillah berkata, dia akan memastikan bahawa persekolahan anaknya itu tidak terjejas.

"Dia pun dah buat single. Saya nak halang pun tak boleh pasal saya ada pengalaman dulu, bila saya berminat tapi ayah saya halang. Jadi, saya galakkan apa yang dia mahu, tetapi kena pastikan persekolahan kena bagus," tambahnya.

Sementara itu, Jamal bakal bergandingan bersama penyanyi Dayang Nurfaizah dalam konsert amal Alunan Irama yang akan diadakan di Istana Budaya pada 11 April depan. Konsert itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar yang kurang bernasib baik di sekolah-sekolah kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Orang ramai boleh mula membeli tiket konsert itu secara dalam talian bermula 10 Mac depan.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zai Izzati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: