26 February 2020

DUA TAHUN TAKDA SHOW - DAKWA SEARCH, 'AMY SERING BERI ALASAN SIBUK'


Sibuk!

Itulah jawapan sama yang didakwa diberi Amy setiap kali ada pihak menawarkan Search membuat persembahan. Demikian dakwa ahli kumpulan tersebut mengenai isu hampir dua tahun mereka tiada show di mana-mana.

"Hakikatnya, hampir dua tahun kami tiada ‘show’ dan pendapatan semakin berkurangan... Sampai bila harus kami tunggu? Hidup perlu diteruskan.





"Justeru, apabila tawaran ini datang dan Amy tidak dapat beri komitmen, kami sepakat memilih Awie untuk bergabung dalam konsert ini," kata Nasir Daud pada sidang media Konsert Apologia Search & Awie di Kuala Lumpur semalam.

Konsert tersebut bakal diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, pada 28 Mac depan.

"Untuk konsert ini, saya berbincang dengan pengurusan Amy dan jawapan diterima, beliau sibuk.

"Jawapan sama diberi Amy setiap kali ada pihak menawarkan Search membuat persembahan," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak berminat masuk campur dalam urusan mereka dan melihat perkara ini dari sudut positif.

"Pembabitan saya dalam konsert ini adalah untuk membantu anggota Search mencari rezeki. Saya juga mahu menghargai bakat mereka sebagai pemuzik profesional yang sudah hampir empat dekad dalam bidang ini," ujar Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, dipetik sebagai berkata melalui BH.

Dalam pada itu, Amy ketika dihubungi media tidak menafikan beliau memang sibuk dan tidak dapat menyertai konsert terbabit.

"Memang saya sibuk dengan urusan perniagaan dan perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Indonesia.

"Lagipun, tawaran dibuat secara mengejut. Saya bukan jenis hari ini tanda tangan perjanjian, bulan depan buat konsert. Sekurang-kurangnya, berilah tempoh enam bulan untuk saya buat persediaan," dakwa Amy yang merestui konsert berkenaan tanpa pembabitannya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: