24 February 2020

SUDAH BERNIKAH - ZAINOL MACWILSON TETAP PANTAU ZAHIRAH & AIMAN


"Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya. Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.





"Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang," tutur pelakon Zainol Johari Macwilson yang tetap akan memantau perkembangan anaknya, Zahirah Macwilson biarpun aktres itu sudah bergelar isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza Abdoh.

Pada 20 Februari lalu, Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson, 25, selamat bergelar isteri kepada Aiman, 31, dalam satu majlis berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Klik untuk gambar besar


Zainol, 62, memberitahu, dia juga banyak mengajar dan memberikan nasihat berguna kepada Zahirah untuk melayari kehidupan berumah tangga: "Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan.

"Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka. Saya juga harap dengan perkahwinan ini, mereka dapat buka buku baru dalam hidup. Biarlah mereka tutup buku lama serta kontroversi sebelum ini," ujarnya.

Menurut Zainol, dia bersyukur kerana dapat menjadi wali untuk perkahwinan anaknya: "Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman. Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah. Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zainol Macwilson, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: