24 February 2020

LINDA MAKIN 'DOWN' SEJAK 'DISIHIR': "MUNGKIN ALLAH NAK AKAK BERHENTI DENGAN DUNIA..."


Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengakui bahawa dia berasa sedih dan seolah-olah hilang semangat selepas sakit pelik yang dialaminya didakwa disihir sejak sebulan lalu menerpa dalam hidupnya.





Perkara itu diluahkan Linda menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram: "Al-Fatihah mak. Mak.. Linda tak sihat dah sebulan mak, mak xde tak tau nk ngadu kat sape.. jika mak tau keadaan linda.. mak tlg doakan linda mak #rasimahbintiabdrahman," katanya.

Luahan tersebut turut disertakan dengan sepotong rakaman video yang mamaparkan dia bersama arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman yang ketika itu sedang sakit di hospital. Perkongsian Linda itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya, termasuklah isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan.

Klik untuk gambar besar


Begitupun, apa yang mencuri perhatian apabila Linda dalam jawapan balasnya kepada komen Tya memberi bayangan bahawa dia seperti tertekan dengan keadaan kesihatannya sekarang: "Ye Tya, akak makin down dan down. Sedih je tak tahu kenapa! Mungkin Allah nak akak berhenti dengan dunia dan fokus pada-Nya. Doakan akak ya Tya," tulis Linda.

Pada masa sama, ramai pengikutnya memberikan sokongan berterusan kepada isteri pelakon Syed Aiman itu agar terus kuat mengharungi dugaan hidup: "Kak linda masih tak sihat ye?.. Kak linda amalkan Ratib al-Attas ya.. Semoga Allah sembuhkan Kak Linda.

"Linda kena kuat dan lawan. Itu salah satu kunci untuk sihat. Dekat dengan orang yang boleh beri aura positif pada kita selain daripada usaha dan doa," tulis sebahagian komen pengikutnya.

Terdahulu, Linda mendakwa dirinya terkena sihir selepas merujuk kepada seorang ustaz selepas menyedari sesuatu yang tidak kena pada dirinya setiap kali tiba waktu senja. Ekoran keadaannya itu, Linda turut mendakwa dirinya kini semakin mengalami susut berat badan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Linda Rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: