24 February 2020

TERLIBAT KEMALANGAN - BADE HJ AZMI ALAMI TULANG KAKI RETAK


Pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi semalam telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di Bentong, Pahang semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu yang melibatkan antara sebuah kereta dan lori.





Berita itu telah disahkan oleh pengurus produksinya, Zaidi Mat Zain yang berada di Hospital Bentong, Pahang selepas dimaklumkan mengenai kecelakaan tersebut: "Betul Bade terlibat dalam kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Bentong dan sudah boleh pulang ke rumah. Dia okey cuma di bahagian tulang kakinya retak," jelasnya.

Menurut Penerbit Switch On Entertainment Sdn Bhd, Ritz Tahir, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menjalani penggambaran telefilem berjudul Sebelum Pulang.

Klik untuk gambar besar


"Kami semua baru selesai menjalani penggambaran telefilem Sebelum Pulang di Terengganu. Selain Bade, ada empat lagi penumpang lain yang terdiri daripada kru produksi. Mereka dikejarkan ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut dan semuanya okay! Doktor benarkan mereka pulang dan Bade pun sekarang tengah berehat di rumah. Alhamdulillah, semuanya stabil dan selamat, cuma kereta agak teruk," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kereta jenis Honda CRV yang dipandu mengalami kerosakan teruk. Sementara itu, pelakon Amyza Adnan turut memuat naik foto dan maklumat mengenai insiden tersebut di laman Instagram miliknya.



"Saya dapat Whatsapp dari kawan, pengarah terkenal Bade Hj Azmi mengalami kemalangan di Bentong semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu setelah kami selesai penggambaran telefilem Sebelum Pulang. Keadaan dilaporkan stabil. Sama-sama kita doakan semoga yang terlibat berada dalam keadaan selamat. Petang nanti saya akan ke Hospital Bentong," tuturnya.

Usaha menghubungi Bade tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab Selain Amyza Aznan, telefilem 'Sebelum Pulang' turut dibintangi oleh pelakon Nad Zainal, Datuk Jalaluddin hassan dan Wan Maimunah. Dalam perkembangan yang lain, Bade kini sedang rangka promosi filem terbaharunya berjudul 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' yang bakal menemui penonton di pawagam pada Khamis ini.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Haji Azmi telah mengarahkan dan menulis beberapa filem pecah panggung yang diiktiraf secara kritis.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Amyza Aznan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: