05 February 2020

TAHU ANAK ANGKAT KETIKA MENCURI - IBU KANDUNG ZYNAKAL PENGEMIS


"Sebenarnya saya anak angkat (anak tunggal), saya ada lapan orang adik beradik dimana saya tak kenal mereka. Saya juga tak kenal ibu bapa saya. Saya dapat tahu perkara ini ketika saya berumur 10 tahun. Ketika itu saya mencuri alat permainan yoyo dan kemudian saya dibawa ke balai.





"Ibu (ibu angkat) saya ketika itu nampak tertekan dan terus berkata "kau tahu tak kau tu anak angkat?"," demikian kata penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali Zynakal yang berkongsi cerita mengenai statusnya iaitu seorang anak angkat yang dijaga ibu angkat sejak bayi.

Malah, bintang berusia 22 tahun ini tidak pernah mengenali ibu dan bapa kandungnya sendiri. Dalam masa sama, anak kelahiran Pulau Pinang ini mengakui bahawa kasih sayang seorang ibu bagaikan sudah 'hilang': "Lantas, saya menangis dan saya dapat rasakan aura kehilangan seorang ibu. Ketika itu, saya lihat perasaan seorang ibu itu & 'hilang' dalam diri saya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Mendedahkan hal sebenar, dia turut berkongsi cerita saat & 'pertukaran' anak dilakukan antara ibu kandung dan ibu angkatnya kini: "Percubaan untuk mencari ibu kandung saya buat masa sekarang ini belum lagi. Cuma saya dapat tahu ibu kandung saya ialah seorang pengemis.



"Ibu angkat saya berjumpa dengan ibu kandung saya ketika melahirkan saya. Jadi, ibu angkat yang tolong ibu kandung saya untuk menjaga saya," jujurnya yang memulakan karier sebagai komposer lagu 'Sabar', nyanyian Ismai Izzani.

Merancang mahu mencari ibu bapa kandungnya, Zyn bagaimanapun mahu menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu kerana mahu membalas jasa ibu angakatnya terlebih dulu: "Perancangan untuk mencari ibu bapa kandung itu memang ada, Insyallah kalau ada rezeki

"Tapi buat masa sekrang saya tangguh dulu kerana saya sedari saya belum mampu balas jasa ibu angkat saya lagi Yelah ibu angkat pun dah jaga saya sejak kecil, kalau tak ada dia, tiadalah saya disini," akhirinya.

Tahun lalu, Zynakal terpalit dengan kontroversi panas sehingga terpaksa ditahan di wad psikiatri bagi menjalani rawatan pemulihan di hospital. Bagaimanapun, tahun 2020 Zynakal mahu membuka buku baru dan menyesali kesilapannya terdahulu.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: