05 February 2020

MUATNAIK FOTO BERTUDUNG, TYA ARIFFIN SUDAH BERHIJRAH?


Menerusi laman Instagram, isteri kepada anak tiri penyanyi Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid iaitu pengacara dan pelakon Indonesia, Tya Arifin telah memuatnaik beberapa keping foto yang memperlihatkan dirinya mengenakan tudung dan ia telah mendapat perhatian pengikutnya. Rata-rata senang dan memuji imej menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat lebih manis dan sopan.





Malah ramai berharap Tya terus kekal dan istiqamah dengan penampilan tersebut. Komen-komen tersebut diturunkan di ketiga-tiga foto di entri terbaharunya yang berhijab ketika menghadiri suatu majlis serta melawat adik iparnya, Aazief Khalid di hospital.

Malah terdapat juga sekeping fotonya yang turut memakai tudung ketika berada di rumah dan sedang melakukan 'live' di IG. Pun begitu, Tya hanya mengambil keputusan mendiamkan diri serta tidak membalas mana-mana komen. Malah dia juga tidak mengesahkan penampilan itu adalah imej atau penghijrahan terbaharunya.

Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tya Ariffin & Asyraf Khalid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: