05 February 2020

BOB LOKMAN KELUAR HOSPITAL: "TERIMA KASIH DOAKAN..."


Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman semalam telah dibenarkan pulang selepas 17 hari dirawat Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor sejak 19 Januari lalu: "Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan buat saya. Juga kepada mereka yang ikhlas menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung," tuturnya.





Bob, 55, dimasukkan ke hospital berkenaan berikutan masalah air berlebihan dalam badan selain ada alahan ubat di bahagian kaki. Masalah itu dialaminya ketika berada di Terengganu bagi aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Penderitaan beliau mendapat perhatian ramai pihak antaranya Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan rakan-rakan artis seperti Nizam Laksamana yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai. Bob berkata, dia akan berehat lebih kurang seminggu sebelum kembali aktif berdakwah.

"Sakit sudah beransur pulih tapi kuantiti air berlebihan dalam badan masih belum stabil. Kudis-kudis dan bengkak juga bertambah baik. Insya-Allah 13 Februari nanti saya akan kembali meneruskan kuliah di Terengganu. Ikutkan saya memang sentiasa jaga kesihatan. Cuma saya susah nak kawal minum air kerana kerap berasa dahaga," katanya.

Ditanya adakah dia akan membawa pembantu untuk menemaninya ketika kuliah, Bob berkata, dia sedang memikirkannya: "Setakat ini belum ada pembantu. Mungkin ia akan difikirkan selepas ini bagi membantu pergerakan saya," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: