05 February 2020

"APA SAHAJA CARA BERPAKAIAN ITU ANTARA SAYA DENGAN SANG PENCIPTA" - SAJAT


Baru-baru ini, menerusi video temubual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kontroversi, Sajat menyedari akan ada yang mengkritik penampilannya dan berkata pemakaiannya itu merupakan urusan dia dengan Allah SWT.





"Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta ada reason... saya pergi sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan. Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

"Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta... nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak," jelas Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang berkongsi luahannya itu menerusi laman Youtube TV Terlajak Laris yang dimuatnaik pada Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, rakaman video tersebut dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 28 Januari lalu. Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti wanita dan dilihat memasuki tempat solat wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut. Perkara itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam.

Sementara itu, Sajat menerusi kemas kini di akaun Intagram miliknya telah memuatnaik video sedang memberi makanan kepada para jemaah yang berada di Tanah Suci selain mengakui tenang berada di sana. Melihat pada video berdurasi dua minit itu, Sajat yang mengenakan telekung berwarna hitam sedang membahagikan makanan dan minuman kepada orang ramai.

"Fi Sabilillah Sadaqah Jariah di Kota Makkah. Saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini, jika banyak lagi masa, hari hari Sajat nak bagi macam ni, Insyaallah. Untuk melihat lebih lanjut lebih menarik boleh lihat di Channel Youtube Sajat Perempuan & anda boleh lihat lebih lagi apa yang sajat buat di Kota Makkah & Kota Madinah," tulisnya



Dalam perkembangan lain, hasil pertemuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat ini mendapati Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didaftarkan sebagai lelaki.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.














www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: