04 March 2020

37 HARI BERGELAR BAPA - ADIK LELAKI YANA SAMSUDIN MENINGGAL DALAM TIDUR


"4 March 2020 : Assalamualaikum WBT... Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020). Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am - 11.30am.





"Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor di no 25 Jalan Kota Impian 3, Taman Kota Impian 3, 83700 Yong Peng Johor seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng Johor. Boleh hubungi abang iparnya @fadzilzahari 0126952969 dan adik nya @cikmudawannyx.

"Innalillahwainalillahirojiun... lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .

"Rupanyaa hari ni... Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari..... Dik... ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik... kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya...

Klik untuk gambar besar


"Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat... Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam... Tak da apa lagi akak boleh cakap, akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko, tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya....

"Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak.. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik.... Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik.... Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak... amin..

"Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur... Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari... yang benar - YS @mizznana88," demikianlah tulis pelakon Yana Samsudin yang berkongsi berita sedih pemergian adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith, di laman Instagram miliknya hari ini.



Adik lelaki Yana yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, meninggal dunia dalam tidur, petang semalam. Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi, 30, yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Yana berkongsi, setiap kali membaca berita kematian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.

Isteri kepada Fadzil Zahari itu sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan. Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Yana Samsudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: