04 March 2020

SELAMAT PULANG DARI UMRAH - SASHA DOAKAN JEMAAH DISEKAT KERANA COVID-19 BERSABAR


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin mendoakan agar jemaah yang dihalang mengerjakan umrah ekoran Coronavirus (Covid-19) dipermudahkan urusan kelak. Kata Sasha, dia bagaimanapun bersyukur berpeluang mengerjakan umrah bersama suami, Sirhan Khan, pada Februari lalu.





"Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmat-Nya," kongsinya menerusi akaun Instagram.

Sasha dalam pada itu memaklumkan dia dan suami telah selamat pulang ke kediaman mereka di Dubai sebelum berita halangan umrah akibat Covid-19 tersebar. Ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal Februari lalu, Sasha dan suami telah menyahaktifkan akaun Instagram dan menutup telefon mereka untuk memberikan tumpuan kepada ibadah.

"Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci. Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan telefon bimbit kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami.

Klik untuk gambar besar


"Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang.

"Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya. Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami.

"Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada," tambah Sasha lagi yang mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada 20 Januari lalu dengan Sirhan Khan dalam sebuah majlis tertutup di Melawati, Kuala Lumpur.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sasha Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: