05 March 2020

"ADA MEMASANG IMPIAN & NIAT..." - SYAFIQ KYLE & MIMI LANA KAHWIN TAHUN INI?


Aktor Syafiq Kyle, 28, akui ada punyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, aktres Mimi Lana. Namun begitu kata Syafiq, dia masih dalam proses mempersiapkan diri ke arah itu kerana faktor jadual kerjaya yang tidak menentu menjadi salah satu punca dia masih belum punyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.





"Untuk mendirikan rumah tangga itu impian setiap lelaki dan saya pun ada memasang impian dan niat itu. Malah, keluarga saya pun selalu menasihati kalau berkawan dengan wanita, jika tak ada duit nak berkahwin kena pasang niat berkahwin. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi...

"Mungkin sebab jadual kerjaya masing-masing. Baik saya mahupun pihak wanita, kami hormati waktu masing-masing. Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk memilih memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang saya perlu buat ialah mempersiapkan diri saya terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami. Malah, saya juga perlu melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang anak yang bertanggungjawab sebelum menjaga anak orang. Itu lebih penting daripada fikir soal bila nak kahwin," tambah Syafiq.

Seperti umum mengetahui hubungan cinta Syafiq dan aktres Mimi Lana sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan ramai yang menjangkakan pasangan itu antara yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Syafiq Kyle & Mimi Lana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: