05 March 2020

ISTERI SARAT HAMIL ANAK KETIGA - BAZLI UNIC MOHON DOA DIPERMUDAHKAN


"Periksa kontraksi bintang syurga ayah.. doakan isteri saya di minggu-minggu terakhir ni sebelum bersalin. Mudahan dimudahkan semuanya, selamat semuanya.. juga untuk semua ibu-ibu diluar sana...," tulis anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.





Bazli memaklumkan isterinya Asiah Abu Bakar kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ketiga mereka. Bazli berharap agar segala proses kelahiran bayi dalam kandungan yang kini berusia 37 minggu itu dipermudahkan.

Menerusi entri tersebut dia menunjukkan pergerakkan bayi dalam kandungannya ketika pemeriksaan ultrasound. Dalam pada itu, Bazli turut terkesan dengan isu semasa: "Sedih baca di media sosial harini tentang kematian seorang ibu dan bayi yang meninggal kerana tidak mampu dari segi kewangan untuk ke hospital. Moga syurga ganjarannya," katanya lagi.

Terdahulu Bazli dan Asiah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Assfan yang kini berusia 3 tahun dan seorang lagi Muhamaad Syahid yang telah meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2017.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Bazli UNIC & Asiah Abu Bakar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: