05 March 2020

EDAR KAD JEMPUTAN KE MAJLIS SANDING - EZAD LAZIM KAHWIN DUA?


Berhubung isu jemputan ke majlis Ezad Lazim Bersanding Sekali Lagi yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini, penyanyi Ezad Lazim enggan mengulas, sebaliknya berkata segala spekulasi acara hanya akan didedahkan apabila tiba pada hari yang dijanjikan.





"Semua persoalan mengenai majlis persandingan hanya akan diketahui pada hari acara berlangsung. Saya tak boleh cakap lebih, nantikan sahaja," ujar bekas vokalis kumpulan Exists itu.

Sementara itu, isterinya yang merangkap pengurus, Nor Azeana Ramli turut memberikan jawapan yang serupa berhubung perkara itu: "Saya tak boleh nak komen. Biar Ezad sahaja yang menjawabnya," katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Spekulasi Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim berkahwin dua timbul apabila media massa menerima undangan menghadiri majlis persandingan penyanyi bersuara lemak merdu itu. Surat jemputan itu bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis, sebaliknya hanya meletakkan tarikh, masa dan lokasi acara berkenaan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ezad Lazim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: